Sunday, December 1, 2019

Penjagaan Kesihatan Bayi

Hari ni admin nak kongsi beberapa cara penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak.

Mesti semua dah tahu kan bahawa kesihatan merupakan aspek paling penting dalam kehidupan kita. Jika kesihatan seseorang tidak berapa baik maka susahlah bagi seseorang itu untuk melakukan aktiviti harian. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak dari usia mereka kecil lagi mengenai penjagaan kesihatan ini.

Antara penjagaan kesihatan yang perlu dititikberatkan ialah:-

Image result for penjagaan rambut kanak-kanak

1. Rambut

  • Penjagaan rambut kanak-kanak bergantung kepada jenis rambut mereka. Mencuci rambut kanak-kanak tidak perlu dilakukan setiap hari. Mencuci rambut tiga kali seminggu sudah mencukupi. Tetapi jika anak seorang yang aktif dan kuat berpeluh, maka perlulah mencuci rambut dengan kerap.
  • Ibu bapa perlu mengeringkan rambut anak-anak dengan menggunakan tuala yang lembut supaya rambut anak-anak tidak kusut dan rosak.
  • Menggunakan sikat yang jarang ketika menyikat rambut kanak-kanak.


Image result for penjagaan mata kanak-kanak

2. Mata
  • Penjagaan mata sangat penting bagi mengelakkan kanak-kanak daripada rabun. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan akan mengganggu pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka agar tidak membaca dalam keadaan gelap dan tidak menonton televisyen, telefon atau gajet pada jarak yang dekat.


Image result for penjagaan gigi

3. Gigi
  • Ibu bapa perlu melatih anak-anak untuk menggososk gigi sejak anak-anak sudah mula tumbuh gigi.
  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan ganti berus gigi setiap 6 bulan sekali.
  • Ibu bapa perlu membiasakan anak berjumpa dengan doktor gigi bagi membuat pemeriksaan gigi dan gusi secara berkala.
  • Hadkan makanan yang boleh merosakkan gigi kanak-kanak.


Image result for penjagaan kuku

4. Kuku
  • Pastikan kuku anak-anak sentiasa dalam keadaan pendek dan bersih.
  • Sentiasa potong kuku bayi 3 hari sekali kerana kuku bayi cepat panjang.


Image result for penjagaan kulit bayi

5. Kulit
  • Ibu bapa perlu mengetahui jenis kulit anak-anak mereka bagi memudahkan ibu bapa untuk menjaga kulit anak-anak mereka.
  • Gunakan losen kepada anak-anak jika kulit anak-anak kering.


Image result for penjagaan telinga bayi

6. Telinga
  • Selepas mandi, ibu bapa harus memastikan kawasan telinga kanak-kanak dilap sehingga kering.
  • Gunakan puting kapas untuk membersihkan telinga anak-anak daripada kotoran.


Image result for penjagaan tangan kanak-kanak

7. Tangan
  • Ajar anak-anak mencuci tangan selepas ke tandas, sebelum makan dan selepas bermain.
  • Ajar kanak-kanak mencuci tangan dengan cara yang betul.
  • Gunakan sabun pembasmi kuman.


Image result for penjagaan kaki kanak-kanak

8. Kaki
  • Pastikan kaki anak-anak sentiasa bersih dan kering.
  • Gunakan kasut yang sesuai dan selesa untuk anak-anak.


Rujukan:-

No comments:

Post a Comment