Tuesday, October 29, 2019

Sains Awal Kanak-kanak

Idea Aktiviti Sains Bersama Kanak-kanak

Hai korang!๐Ÿ‘‹ Hari ini admin nak kongsi kat korang mengenai eksperimen sains. ๐Ÿ”๐Ÿ”



 
JOM BUAT EKSPERIMEN

Kanak-kanak di peringkat awal usia perlu didedahkan dengan dunia persekitaran dan awal sains. Melalui aktiviti pembelajaran awal sains, kanak-kanak dapat:-

๐Ÿ”Kanak-kanak dapat menggunakan deria yang ada- mendengar, melihat, menyentuh, merasa dan           bau.
๐Ÿ”ŽKanak-kanak dapat berfikir secara logik dan sistematik.
๐Ÿ”Kanak-kanak dapat meneroka dan mencuba sesuatu yang ingin diketahui.
๐Ÿ”ŽKanak-kanak dapat meramal apa yang akan berlaku.
๐Ÿ”Kanak-kanak dapat mengumpul dan merekod maklumat.

Baiklah, kali ini admin ingin kongsikan idea eksperimen bersama kanak-kanak. ⛩

Aktivit 1: Menghasilkan gas karbon dioksida


Bahan-bahan yang diperlukan:-

๐Ÿ”ฅ 1 botol mineral kosong
๐Ÿ”ฅ 3 sudu makan cuka
๐Ÿ”ฅ 2 sudu teh soda 
๐Ÿ”ฅ  Sehelai belon
๐Ÿ”ฅ Corong untuk masukkan soda ke dalam belon




Cara membuat eksperimen:-

☃ Masukkan cuka ke dalam botol mineral.
☃ Masukkan soda bikarbonat ke dalam belon menggunakan corong.
☃ Lekatkan hujung belon ke mulut botol mineral.
☃ Perlahan-lahan tegakkan belon supaya semua soda bikarbonat jatuh ke dalam botol mineral.
☃ Setelah soda bercampur dengan cuka, sedikit bunyi merisik akan terhasil dan gas karbon akan mula terhasil menyebabkan belon mula menegak perlahan-lahan. 




Aktiviti 2: Menghasilkan lava gunung berapi

Hasil carian imej untuk eksperimen gunung berapi

Bahan-bahan yang diperlukan:-

  ☌ Bahan untuk membuat doh gunung berapi:-
๐Ÿ‘‰1 paket tepung gandum
๐Ÿ‘‰1/2 paket garam
๐Ÿ‘‰Air secukupnya
๐Ÿ‘‰Pewarna makanan
๐Ÿ‘‰Minyak masak secukupnya
๐Ÿ‘‰Besen/bekas

                     

                  


⛮     Bahan untuk lava gunung berapi:-
๐Ÿพ 5 sudu makan cuka
๐Ÿพ 2 sudu makan cecair pencuci pinggan
๐Ÿพ 3 sudu teh soda bikarbonat
๐Ÿพ Botol mineral kosong
๐Ÿพ Pewarna

                     
                                         
Cara membuat doh:-

๐ŸŒ‹ Campurkan tepung gandum, air dan garam.
๐ŸŒ‹ Uli bahan tersebut sehingga lembut.
๐ŸŒ‹ Campurkan pewarna makanan mengikut kreativiti.

Cara membuat lava:-

✨ Potong botol mineral menjadi tiga suku ketinggiannya.
✨ Masukkan cuka dan sedikit pencuci pinggan ke dalam botol mineral.
✨ Masukkan sedikit pewarna ke dalam acuan lava.

Haaa... sekarang waktu untuk melihat lava gunung berapi terhasil dari mulut gunung berapi. Bagaimana? Mari admin tunjukkan langkah-langkahnya. 

Langkah-langkah:-

๐Ÿ’จ Letakkan botol yang dipotong ke dalam bekas dan bentukkan gunung berapi di sekeliling botol.
๐Ÿ’จ Tuangkan soda bikarbonat yang dibancuh dengan sedikit air secara perlahan-lahan ke dalam botol mineral tadi.
๐Ÿ’จ Maka terjadilah lava gunung berapi.



Hasil carian imej untuk eksperimen gunung berapi

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda semua. Selamat mencuba semua!

Rujukan:


No comments:

Post a Comment