Sunday, October 13, 2019

Matematik Awal Kanak-kanak

Aktiviti matematik di Tadika

Hi korang!👋 Hari ni admin nak kongsikan cara menarik minat kanak-kanak belajar matematik. Admin lebih suka menggunakan teknik belajar sambil bermain. Admin ingin kongsikan contoh aktiviti matematik yang dapat menarik minat kanak-kanak.


Hasil carian imej untuk aktiviti matematik prasekolah

Contoh aktiviti

 1. Permainan bina bangunan mengira

Bahan yang diperlukan:-

𛲡 Lego pelbagai warna       
𛲠 Kad manila
𛲢 Marker pen berwarna

Cara bermain:-
  1. Guru hendaklah menulis nombor pada kad manila.
  2. Guru menunjukkan contoh permainan itu dimainkan kepada kanak-kanak.
  3. Guru mengarahkan kanak-kanak untuk membina bangunan lego berdasarkan nombor yang dilabel.



2. Mengenal warna 

Bahan yang diperlukan:-

🎈 Botol
🎈 Marker pen
🎈 Cat air
🎈 Berus cat
🎈 Guli berwarna

Cara menyediakan:-
  • Warnakan botol mengikut warna yang diberi.
  • Labelkan botol mengikut warna yang dicat.
Cara bermain:-

✔ Guru menunjukkan contoh bermain kepada kanak-kanak.
✔ Guru meminta kanak-kanak mengasingkan guli berwarna mengikut botol yang berwarna.


Semoga dengan perkongsian aktiviti ini dapat memberi idea kepada anda semua. Selamat mencuba semua!💓💓



Rujukan:


No comments:

Post a Comment