Thursday, November 7, 2019

Kemurungan Kanak-kanak

Hai, Assalamualaikum semua.👋

Jumpa lagi admin pada hari ini🙌 Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.💘✌ Okay macam mana semua? Dah baca perkongsian admin yang sebelum ini?

Hari ini admin nak kongsi pula tentang "Apa itu kemurungan bayi" kepada anda semua. Semoga perkongsian admin pada hari ini dapat membantu ibu bapa mengetahui bagaimana anak-anak mendapat kemurungan. Selamat membaca semua✌💓


Image result for gambar kanak-kanak yang mengalami kemurungan


Apa itu Kemurungan Kanak-kanak?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi
oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Perubahan emosi dapat dilihat apabila kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku. Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari
pengalaman tekanan perasaan persekitaran. Contohnya, dipulau oleh keluarga sendiri. Selain itu, kanak-kanak mempunyai pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat. Disamping itu, keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan juga mempengaruhi kanak-kanak. Akhir sekali, kanak-kanak yang pernah mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) seperti gangguan kemerosotan hyperaktif, gangguan dalam pembelajaran, gangguan kekusutan (anxiety), penderaan, gangguan awal dalam kelakuan tingkah laku.

Apakah tanda-tanda kemurungan.

👉Kelakuan
  1. Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  2. Hubungan yang tegang
  3. Kerapkali tidak hadir ke sekolah
  4. Hendak lari dari rumah
  5. Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
  6. Marah dan suka bermusuh
  7. Terpinggir / terasing
  8. Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
👉Perasaan/Emosi/Pemikiran
  1. Perasaan tidak puas hati
  2. Kurang keyakinan diri
  3. Rasa diri tidak berguna
  4. Bosan
  5. Cepat marah
  6. Tertekan kerana disingkir
  7. Kurang tumpuan
👉Perubahan Fizikal
  1. Kurang tahap tenaga kecerdasan
  2. Masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
  3. Perubahan berat badan
  4. Perubahanan masa tidur atau makan

Bilakah seseorang perlukan bantuan.

👉Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri.
👉Kanak-kanak mengalami ketidak seronokan yang berterusan.
👉Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian.

Kemurungan kepada kanak-kanak boleh membawa kepada masalah lain :-

👉Gangguan dalam proses tumbesaran.
👉Gangguan dalam proses pembelajaran.
👉Gangguan dalam fungsi menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru.
👉Masalah gangguan tingkahlaku yang serius.
👉Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras dan dadah.
👉Mencederakan diri sendiri dan orang lain.
👉Risiko membunuh diri.

Cara-cara membantu kanak-kanak sedemikian 

👉Pengesanan awal dan mengenalpasti kanak-kanak yang berpontensi menghadapi kemurungan.
👉Bantuan psikologi mesti diberikan  bagi membantu :-
  • Kanak-kanak belajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjukkan ke arah yang betul.
  • Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi rasa marah, takut, kecewa dan sebagainya.
  • Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif.
👉Pakar Psikiatri akan memberikan ubat bagi mengawal tekanan perasaan.
👉Mendapat khidmat kaunseling daripada pakar utnuk kanak-kanak yang mengalami kemurungan.

Cara-cara mengelakkan kemurungan :-

👉Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif.
👉Memberi bantuan psikologi apabila kanak-kanak itu menghadapi masalah.
👉Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai.
👉Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik.
👉Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat.
👉Ajar cara mengurus tekanan.

No comments:

Post a Comment