Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman sekarang mengajar anak-anak mereka bermain telefon pintar seawal usia yang masih kecil, malah ada juga segelintir ibu bapa yang memberikan gajet ini semasa anak-anak mereka masih bayi. Hal ini terjadi kerana ibu bapa mahu menenangkan anak mereka yang sedang menangis atau ingin menghiburkan anak mereka. Namun, sedar atau tidak sedar penggunaan gajet juga boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.
Jika dahulu, ibu bapa mendiamkan anak-anak mereka yang sedang menangis dengan pelbagai jenis mainan. Namun kini sudah berbeza, ibu bapa zaman sekarang lebih gemar memberikan gajet kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak berbuat bising.
Disini, admin mahu berkongsi tentang beberapa keburukan gajet kepada kanak-kanak. Berikut adalah beberapa kesan buruk gajet:-
1. Sukar Tidur
Telefon pintar akan membuatkan si kecil sukar untuk tidur terutama pada waktu malam. Oleh itu, ibu bapa disarankan agar tidak membiarkan kanak-kanak bermain dengan telefon pintar 1-3 jam sebelum waktu tidur dan menggantikannya dengan aktiviti lain seperti aktiviti membaca buku atau menceritakan kisah-kisah dongeng mahupun kisah-kisah yang bermanfaat kepada kanak-kanak. Dengan melakukan aktiviti ini, kanak-kanak akan mudah rasa mengantuk dan tidur dengan baik.
2. Kurang Bergerak
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak untuk bergerak secara bebas dan aktif seperti berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizikal yang sihat dan kuat. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya membuatkan mereka duduk diam dan hanya menghadap gajet mereka. Jika perkara ini berterusan, anak-anak boleh mendapat penyakit berbahaya seperti obesiti. Oleh itu, ibu bapa disarankan agar lebih kerap membawa anak-anak melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola, berenang, berbasikal, berjoging atau lain-lain lagi yang membuat mereka banyak bergerak.
3. Kurang Bersosial
Memang tidak dinafikan penggunaan gajet juga tetap mampu untuk kanak-kanak bersosial melalui pelbagai aplikasi yang ada seperti facebook, instagram, whatsapp dan sebagainya. Namun aplikasi-aplikasi tersebut tidak dapat membantu kanak-kanak untuk bersosial dengan baik. Hubungan sosial yang baik haruslah dijalinkan dengan kemampuan untuk memahami emosi dan perasaan orang lain. Oleh itu, kanak-kanak perlulah melakukan interaksi langsung dengan bersua muka dengan rakan-rakan mereka supaya kanak-kanak dapat berkongsi sesuatu cerita atau pengalaman dengan lebiih mendalam.
4. Bersikap Agresif
Penggunaan media sosial oleh kanak-kanak yang kurang di awasi oleh ibu bapa terkadang boleh menyebabkan kanak-kanak melayari pelbagai laman sesawang yang menyiarkan aksi berunsurkan kekerasan sehingga dapat menyebabkan kanak-kanak menjadi agresif dan bertindak secara ganas. Sebagai contoh, aplikasi permainan yang berunsurkan keganasan akan menjadikan kanak-kanak kurang rasa simpati dan belas kasihan kerana ketika bermain permainan tersebut mereka diajar untuk melawan dan bertindak kasar kepada pihak lawan mereka.
5. Ketagih
Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet akan membuatkan anak-anak mereka turut bermain dengan gajet sehingga ianya menjadi kebiasaan atau rutin dalam kehidupan seharian mereka. Hal tersebut akan menimbulkan rasa ketagih terhadap gajet.
📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱📱
Sekarang admin nak kongsikan pula cara-cara untuk membantu ibubapa mengatasi penggunaan gajet kepada kanak-kanak.
Kehidupan kita pada zaman kini sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan gajet dan media
sosial. Penciptaan sesuatu teknologi bertujuan mendatangkan faedah dan memberi
kemudahan kepada manusia. Namun, kita tidak dapat lari daripada kesan negatif
yang turut mengiringi kehadiran sesuatu teknologi itu. Anak kecil sangat mudah
tertarik kepada perkara-perkara sebegini. Malah boleh dikatakan mustahil untuk
menghalang anak-anak pada zaman ini untuk tidak mendekati gajet. Kita sebagai
ibu bapa harus bijak mengurus perkara ini. Penggunaan gajet, jika tidak dikawal
pasti akan membawa kesan yang sangat buruk. Oleh itu, admin telah menyediakan beberapa cara untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.
TIPS MENGAWAL PENGGUNAAN GAJET
✔ Ibu bapa sebagai contoh tauladan untuk kanak-kanak. Sebagai ibu bapa,
kita haruslah mengurangkan penggunaan gajet dihadapan anak-anak. Tunjukkan
bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet walaupun ianya hanya lakonan
semata-mata. Contohnya, ibu bapa membaca buku dihadapan anak-anak tetapi
sebaliknya ibu bapa sedang menggunakan telefon pintar. "Fake it till you
make it".
✔ Ibu bapa perlulah menentukan
jangka masa untuk anak-anak bermain gajet seperti satu hingga dua jam
sehari. Ibu bapa boleh menggunakan jam randik atau jam loceng sebagai
penentu masa untuk anak-anak bermain gajet.
✔ Sebagai ibu bapa haruslah
mengenalpasti aplikasi yang didedahkan kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah
memantau setiap aplikasi yang dibuka oleh anak-anak. Antara aplikasi yang
sesuai untuk anak-anak ialah youtubekids. Ibu bapa juga boleh memuat turun
aplikasi permainan untuk anak mereka seperti ABC Kids, Kids doodle dan
lain-lain.
✔ Ibu bapa boleh menjadikan
gajet sebagai bahan ganjaran untuk menyuruh anak-anak mereka melakukan
sesuatu. Sebagai contoh, anak-anak perlulah menyiapkan kerja sekolah
mereka dahulu sebelum bermain gajet.
✔ Ibu bapa boleh mengisi masa
lapang anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama anak-anak seperti
bermain lego, bercerita, menonton televisyen bersama-sama dan sebagainya.
Ibu bapa boleh kurangkan penggunaan gajet ketika bersama anak-anak supaya
anak-anak tidak berasa terabai.
Rujukan
No comments:
Post a Comment