Friday, October 4, 2019

About Us




Kami merupakan pelajar jurusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Alisa๐Ÿ’™, Umirah❤, Faqira๐Ÿ’› dan Hidayah๐Ÿ’š. Blog ini kami cipta bertujuan untuk menyelesaikan tugasan dalam subjek KPK 2163 teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat rangsangan pembelajaran.

Di dalam blog ini kami berkongsi beberapa aktiviti yang boleh dijalankan di dalam kelas semasa waktu pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Contohnya, dalam subjek seni dan kreativiti, guru boleh membuat berbagai aktiviti seni bersama kanak-kanak seperti aktiviti catan, topeng dan gelang. Aktiviti seperti ini dapat membantu perkembangan motor halus dan kreativiti kanak-kanak.

Kami juga menceritakan beberapa isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di media sosial dan media massa yang berlaku pada masa kini. Contohnya, kes pembuangan bayi dari kalangan remaja, penderaan, isu vaksin dan juga penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam mendidik dan membimbing anak-anak supaya tidak berlaku perkara yang diluar jangkaan.

Selain itu, kami juga menceritakan beberapa cara penjagaan bagi bayi dan kanak-kanak seperti urutan bayi, keselamatan, kesihatan, cara mandi dan pemakanan bayi supaya ibu bapa dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan anak-anak serta dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Kami berharap perkongsian ini dapat membantu ibu bapa dan guru-guru dalam menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak. Seterusnya, kami berharap perkongsian ini dapat memberi iktibar dan motivasi kepada kita semua dalam mendidik dan menjaga anak-anak kerana anak-anak merupakan insan yang akan menjadi pewaris kita pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment