KOLAJ
Hai, Assalamualaikum semua.👋
Hari ni admin nak share kat korang mengenai kolaj. Kalau korang nak tahu, kolaj adalah salah satu teknik seni yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai jenis lukisan atau gambar. Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut bentuk atau corak yang diinginkan.
Terdapat 4 jenis kolaj iaitu :-
1. Kolaj Kertas
2. Kolaj Bahan Jahitan
3. Kolaj Bijirin
4. Kolaj Bahan Terbuang
Mari admin ceritakan mengenai jenis-jenis kolaj ini.
1. Kolaj Kertas
- Kolaj kertas diperbuat daripada kertas warna yang digunting dan ditampal di atas kertas lukisan mengikut bentuk atau kreativiti yang diinginkan.
- 2. Kolaj Bahan Jahitan
- Kolaj ini menggunakan kain perca, manik, butang, kapas atau kekabu sebagai bahan utamanya.
3. Kolaj Bijirin
- Kolaj ini menggunakan bijirin yang dilekatkan menggunakan gam yang berkualiti pada kadboard tebal. Bijirin yang biasa digunakan ialah beras, kacang hijau, jagung, biji saga.
4. Kolaj Bahan Terbuang
- Bahan terbuang yang biasa digunakan untuk membuat kolaj ini ialah penutup botol, manik, butang, batang aiskrim, plastik sampah, lidi sate dan sebagainya. Ianya dilekatkan menggunakan gam dan dibalut dengan plastik lutsinar supaya bahan yang digunakan tahan lama.
Ini sahaja perkongsian admin mengenai jenis-jenis seni kolaj ini.😘
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
Sekarang admin nak kongsikan beberapa aktiviti seni yang boleh dilakukan di tadika atau di rumah. 🏡🏫
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
Sekarang admin nak kongsikan beberapa aktiviti seni yang boleh dilakukan di tadika atau di rumah. 🏡🏫
1. Aktiviti ( Gelang Tangan )
Aktiviti membuat gelang tangan ini dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.
Bahan-bahannya ialah:-
🍀Tali
🍀Straw/Penyedut minuman ( boleh juga guna manik atau kertas )
🍀Gunting
Cara-cara membuatnya ialah:-
1. Gunting straw mengikut saiz atau kreativiti yang anda inginkan.
2. Kemudian masukkan tali ke dalam lubang straw yang telah dipotong tadi.
3. Dan akhir sekali, ikat tali tersebut dengan kemas.
Okay done😊😊... Nanti bolehlah korang cuba buat kat rumah😉
2. Aktiviti ( Topeng Muka )
Jom kita tengok cara-cara nak buat topeng muka.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :-
★Pinggan kertas
★Kertas warna
★Tali
★Gunting
★Gam
★Marker
Cara-cara membuatnya ialah:-
1. Lukiskan mata pada pinggan kertas.
2. Potong pinggan kertas mengikut bentuk mata yang telah dilukis tadi.
3. Tebuk lubang pada kedua-dua sisi pinggan kertas.
4. Masukkan tali ke dalam lubang yang ditebuk tadi dan ikat dengan kemas.
5. Lukiskan mulut pada kertas warna lalu potong dan tampal pada pinggan kertas.
6. Hiaskan topeng muka menggunakan kertas warna mengikut kreativiti masing-masing.
💥Topeng muka ini anda boleh buat mengikut kreativiti masing-masing.💥
3. Aktiviti ( Boneka Kucing )
Cara nak buat boneka kucing ni senang je. Jom kita tengok macam mana cara dia.💘
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
👉span
👉riben
👉getah
👉kertas warna
👉gam UHU
👉gunting
👉marker
Cara-caranya ialah:-
1. Ambil span dan ikatkan riben pada bahagian tengah span. Untuk telinga kucing pula, ikatkan pada hujung span dengan getah.
2. Buat mulut kucing dengan kertas warna seperti dibawah.
3. Lukis bentuk misai, mata, dan poket kucing menggunakan kertas warna.
4. Lekatkan mata, misai dan poket kucing menggunakan gam.
5. Lukis mulut kucing dengan menggunakan marker pen.
6. Lekatkan lidi pada bahagian belakang boneka kucing seperti dibawah.
4. Aktiviti (Capan Bunga)
Aktiviti Capan Bunga Menggunakan Ibu Jari🌸
Bahan-bahan yang digunakan:-
1. Kertas lukisan
2. Cat air
3. Pallet
4. Berus cat
Cara-cara membuat capan:-
1. Sediakan bahan membuat capan seperti yang tertera di atas.
2. Pilih warna mengikut kreativiti.
3. Letakkan cat air ke dalam pallet yang telah disediakan.
4. Warna ibu jari menggunakan berus cat mengikut warna yang dipilih.
5. Tekapkan ibu jari pada kertas lukisan
6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga terbentuk sekuntum bunga seperti dalam gambar.
Aktiviti Capan Bunga Menggunakan Botol Minuman 🌸
Bahan-bahan yang digunakan:-
1. Kertas lukisan
2. Cat air
3. Pinggan Kertas
4. Botol minuman
5. Berus cat
Cara-cara membuat capan:-
1. Sediakan bahan membuat capan seperti yang tertera di atas.
2. Pilih warna mengikut kreativiti.
3. Letakkan cat air ke dalam pinggan kertas yang telah disediakan.
4. Tekapkan bahagian bawah botol minuman mengikut warna yang dipilih.
5. Tekapkan bahagian bawah botol minuman pada kertas lukisan.
Setakat ini sahaja perkongsian admin pada kali ini. Nantikan perkongsian admin di lain masa pulak yer✌😊
Rujukan
No comments:
Post a Comment