Thursday, November 14, 2019

Penderaan Bayi dan Kanak-kanak

Hai, Assalamualaikum semua!👋

Kembali lagi admin pada hari ini, korang sihat? Admin alhamdulillah sihat.😊😊 Okay macam mana dengan perkongsian admin sebelum ini? Admin harap perkongsian admin sebelum ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.💓💓

Hari ini admin nak kongsi tentang "Apakah Penderaan Kanak-kanak" kepada anda semua. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Selamat membaca iya semua.✌💓😊

Image result for gambar penderaan kanak-kanak

Apakah Penderaan Kanak-kanak?

Penderaan bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Kebiasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan penderaan kanak-kanak sebagai semua bentuk penderaan sama ada dalam bentuk fizikal, emosi, seksual, pengabaian, penyalahgunaan, penipuan atau eksploitasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada kesihatan, kehidupan, pembangunan atau kemuliaan kanak-kanak yang dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak.

Kadang-kadang perlu membezakan antara penyalahgunaan dan hak ibu bapa kepada
disiplin anak. Ibu bapa mempunyai hak untuk mendisiplinkan anak mereka selagi dilakukan dengan cara yang munasabah dan sederhana dan tidak merupakan kekejaman.

Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial.


Penderaan Kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk:-

  1. Penderaan fizikal
  2. Penderaan seksual
  3. Penderaan emosi
  4. Pengabaian

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak

👉Penderaan fizikal
  • Penderaan fizikal berlaku apabila kanak-kanak dicederakan oleh ibu atau bapa atau penjaga secara sengaja atau berniat.
  • Contoh-contoh penderaan fizikal menendang, menumbuk, mencekik dan memukul. Sementara itu, kecederaan yang selalu dikaitkan dengan penderaan fizikal adalah lebam, calar, kecederaan otak, pendarahan, patah tulang dan beberapa kes yang melibatkan kematian.
  • Seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami penderaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat pada tubuh badan kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan.
  • Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
  • Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.

👉Penderaan seksual
  • Penderaan seksual adalah penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang tidak difahami sepenuhnya apa yang sedang dilakukan. 
  • Contoh penderaan seksual termasuk perbuatan seks dengan kanak-kanak, rogol, mendedahkan alat kelamin, pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak. 
  • Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
  • Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
  • Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
  • Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar

👉Penderaan emosi
  • Berlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
  • Biasanya sukar untuk dibuktikan
  • Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:
  • Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)
  • Tabiat suka mengenakan orang lain
  • Memperkecil dan memalukan
  • Menolak perawatan
  • Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap

👉Pengabaian
  • Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas
  • Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)
  • Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental)
  • Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)


Faktor-faktor berlakunya penderaan:-
  • Kurang pendidikan agama dalam kalangan ibu bapa.
  • Mempunyai masalah dalaman sesebuah keluarga.
  • Ibu bapa pernah mengalami pengalaman buruk pada masa kecil.
  • Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga mengundang tekanan.
Kesan penderaan kanak-kanak:-
Akibat penderaan fizikal
  • Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas.
  • Tiada perasaan.
  • Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah.
  • Menyalahkan orang lain.
  • Lemah dalam perhubungan sesama sendiri dan pembelajaran.

Akibat penderaan emosi
  • Rasa rendah diri.
  • Lasak terlampau/hiperaktif. 
  • Mencederakan diri sendiri.
  • Kurang hubungan rakan sebaya.
  • Merasa malu/bersalah.
  • Gangguan somatik, histeria.
  • Penurunan prestasi pelajaran.
  • Masalah pemakanan.
  • Mengalami kemurungan dan tekanan perasaan.
  • penyalahgunaan dadah dan juga alkohol.

Rujukan

No comments:

Post a Comment