Tanda bayi sudah bersedia untuk makan.
- Kemampuan bayi tegakkan kepala dan leher semasa duduk.
- Bayi menunjukkan minat terhadap makanan orang di sekelilingnya.
- Teruja melihat makanan di hadapannya.
- Mudah membuka mulut semasa ibu menyuap makanan.
Makanan bayi mengikut umur dari 6 hingga 12 bulan
6-8 bulan
- Pada usia 6 hingga 8 bulan, ibu bapa sudah boleh memberikan makanan yang dilenyek.
- Ia harus diberikan dalam kuantiti yang kecil dan bertekstur halus.
- Bayi sudah boleh makan bubur nasi sahaja tanpa perisa.
- Perkenalkan puri sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikisar halus dan diberikan dalam kuantiti kecil pada bayi.
- Variasikan makanan bayi dengan pelbagai nutrisi sihat dan protein seperti ikan salmon, ayam dan daging yang dipotong halus.
- Jenis sayur dan buah yang sesuai sebagai makanan pertama bayi
🥑Avocado penuh dengan lemak dan nutrien seperti vitamin A, C, niasin dan folat, serta mineral potasium, fosforus, magnesium dan kalsium
🍊Keledek penuh dengan vitamin A, C, folat, serta mineral seperti potasium, selenium, magnesium dan kalsium.
🍅Labu penuh dengan vitamin A, beta karotin, potasium, protein, zat besi.
🍌Pisang mempunyai tinggi vitamin A, C and folat, and mineral seperti potasium, selenium, magnesium and kalsium.
8-10 bulan
- Bayi sudah boleh makan bubur atau bijirin bersama susu badan atau susu formula serta mengunyah dengan tekstur lebih kasar.
- Bayi pada usia 9 bulan sudah mula menunjukkan kemampuannya dengan memasukkan ibu jari ke dalam mulut.
- Potong lobak atau ubi dalam ukuran kecil supaya bayi tidak tersedak.
- Memberinya makan biskut dan kuning telur bagi memenuhi keperluan protein si kecil.
- Portion hidangan yang boleh dianjurkan seperti 1/4 hingga 1/2 cawan bijirin, 3/4 cawan buah dan sayur serta 1/2 cawan makanan protein.
- Pastikan bayi diberi makanan tersebut dalam tempoh tiga ke empat hari bagi mengetahui reaksi alahan.
10-12 bulan
- Pada usia setahun pertama, bayi sudah mampu makan makanan seperti orang dewasa.
- Beri makanan yang dicincang dan dipotong kecil supaya menghindari bayi dari tersedak atau sukar dikunyah.
- Makanan jejari seperti biskut lembut dan buah-buahan boleh diberi.
- Perhatikan juga sumber lain yang boleh menyebabkan alergi seperti kekacang, telur dan ikan.
Bayi menolak untuk makan
- Menjadi kebiasaan apabila bayi menolak makanan ketika kali pertama diberikan. Jika ini berlaku jangan berputus asa kerana ia perkara biasa bagi si kecil.
- Sebaiknya ibu bapa perlu mencuba memperkenalkan resipi bubur kepada bayi sehingga 10 kali, sebelum memutuskan bayi anda tidak menyukainya. Jika bayi tetap menolak, anda boleh menambahkan bahan makanan yang ‘akrab’ di lidahnya, seperti susu ibu.
- Secara bertahap, perkenalkan pelbagai sayuran seperti kentang, lobak merah atau labu dan ayam ketika membuat makanan si kecil.
Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan
- Protein-membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.
- Lemak-berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.
- Karbohidrat-sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.
- Vitamin dan mineral-Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.
Rujukan
No comments:
Post a Comment