Sunday, December 8, 2019

Aktiviti Sukaneka Bersama Pelajar PDK

PROGRAM SUKANEKA DI PDK AL-MUKTAFFI BILLAH SHAH

Tarikh : 23 Oktober 2019
Masa : 8 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Pendidikan Khas, Al-Muktaffi Billah Shah

Assalamualaikum semua.
Harini admin nak kongsi sedikit cerita bersama anak-anak istimewa.

First time kami sampai di sini, banyak pengalaman yang kami dapat bersama-sama anak pelatih di PDK. Antaranya kami dapat memberi kasih sayang kepada anak-anak istimewa ini serta dapat mengeratkan hubungan bersama mereka. Selain itu, kami dapat mengajar pelatih-pelatih di PDK belajar melalui bermain.

Antara sukaneka yang kami jalankan ialah membuat aktiviti memanaskan badan, membaling bola ke dalam baldi, membawa gelung getah dengan sebiji bola, kerusi musik dan memberi sedikit cenderahati.

Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah memanaskan badan bersama anak-anak PDK.



Aktiviti kedua kami memulakan sukaneka kami yang pertama iaitu membaling bola ke dalam baldi.



Aktiviti ketiga membawa gelung getah bersama sebiji bola.



Aktiviti terakhir kami ialah membuat kerusi muzik. Kerusi muzik ini kami memasukkan pelatih dengan guru agar permainan ini dapat memberi kegembiraan kepada mereka.



Penutup bagi sukaneka kami, kami memberi sedikit cenderahati kepada pelatih-pelatih di PDK.


Ini gambar-gambar riadah kami bersama pelatih-pelatih PDK.






Saturday, December 7, 2019

Cara memandikan bayi


Image result for mandikan bayi


Mandi bayi dengan cara yang betul.


Proses memandikan bayi perlu dilakukan dengan cara yang betul  dan selamat bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti hidung dan telinga dimasuki air. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengetahui cara-cara memandikan bayi dengan betul.

Mandian bukan sahaja boleh merehatkan bayi, tetapi ia juga boleh memberi peluang kepada ibu bapa dan bayi untuk mengeratkan ikatan dan bermain selepas seharian sibuk melakukan pelbagai perkara. Sama seperti urutan bayi, mandian hangat juga boleh menjadi cara yang baik bagi membantu menyediakan bayi untuk tidur.

Persediaan dan cara-cara memandikan bayi.


👶Persediaan sebelum memandikan bayi


Image result for peralatan mandi bayi     Image result for keperluan mandi bayi

Sediakan keperluan mandian dan persalinan selepas mandi

  1. Keperluan mandian – termasuklah semua barangan dan peralatan yang diperlukan untuk mandi seperti besen kecil / tab mandi, sabun bayi, span atau kain lembut,
  2. Persalinan bayi – pakaian bayi selepas dimandikan termasuklah tuala, lampin, krim, bedak, putik kapas, dan sebagainya. Biasanya tilam getah akan dihamparkan bersama semua kelengkapan ini.

Ruang mandi yang selamat

  1. Pastikan anda mendapatkan ruang yang luas, selesa dan selamat untuk anda dan bayi. Bagi ibu yang masih belum boleh duduk dengan selesa di atas bangku, mandikan bayi dalam keadaan berdiri seperti di sinki dapur atau di atas meja.
  2. Lapikkan alas getah untuk mengelakkan anda daripada tergelincir semasa mendukung bayi.
  3. Jauhkan benda-benda lain seperti baldi dan gayung yang tidak digunakan. Ianya berisiko kerana mengganggu ruang keselesaan anda.
  4. Jika perlu, letakkan tong sampah atau baldi berdekatan untuk meletakkan lampin bayi yang kotor. Ini dapat mengelakkan anda menjadi kelam-kabut semasa proses menanggalkan lampin bayi.


Kedalaman air yang sesuai

  1. Kedalaman air yang disyorkan ialah sekadar untuk bayi berbaring setakat bahunya terendam. Iaitu lebih kurang 10cm untuk bayi yang berusia kurang dari 6 bulan.
  2. Bagi bayi 6 bulan ke atas, pastikan kedalaman air tidak melebihi paras pinggang bayi dalam posisi duduk.


Suhu air yang sesuai

  1. Mandikan bayi dengan air suam – tidak terlalu sejuk mahupun terlalu panas. Suhu yang sesuai ialah sekitar 37o
  2. Celupkan siku anda untuk merasa kehangatan air, bukannya merasa dengan tangan anda.


👶Semasa memandikan bayi.

Image result for periksa lamping bayi
Periksa lampin

  1. Sekiranya lampin bayi dipenuhi air kencing atau najis, pastikan punggung bayi dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Tutup bahagian tubuhnya dengan tuala terlebih dahulu supaya bayi tidak kedinginan. Ini untuk memudahkan anda mengambil masa dan posisi yang selesa semasa membersihkan bahagian muka dan kepala bayi.
Image result for memegang bayi semasa mandi

Cara memegang bayi semasa mandi
  1. Gunakan satu tangan untuk menyokong leher dan kepalanya, manakala satu tangan lagi digunakan untuk membersihkan anggota badan bayi.
  2. Selepas membersihkan muka dan kepala bayi, teruskan menggosok lembut dari anggota di bahagian atas badan ke bawah dan dari depan ke belakang.
Image result for membersihkan badan bayi
Meratakan air dan membersihkan badan

  1. Ratakan air dan gunakan sabun yang sesuai. Pastikan setiap celahan turut dibersihkan.
  2. Bagi bayi baru lahir yang sensitif, cukup sekadar meratakan air bersih tanpa perlu menggunakan sabun.

👶Selepas memandikan

Image result for membersihkan bayi dengan tuala
Mengeringkan dengan tuala

  1. Tidak perlu menggosok tuala ke kulit bayi yang masih halus. Sebaliknya, tepukkan sahaja tuala secara perlahan-lahan ke badan bayi.
  2. Baringkan bayi di atas tilam getah sebagai persediaan sekiranya bayi terkencing sebelum sempat dipakaikan lampin.
  3. Gunakan tuala lembut yang kering dan bersih untuk mengeringkan mata, muka, leher, dan celah-celah jari.

Image result for urut bayi
Urutan bayi
  1. Luangkan sedikit masa untuk mengurut bayi sebelum dipakaikan baju.
  2. Kebanyakan bayi sangat sukakan urutan. Selain memupuk kemesraan, urutan juga dapat memberi ketenangan kepada bayi.
  3. Gunakan minyak bayi seperti minyak telon atau losyen pelembap yang sesuai untuk memberi urutan.
  4. Selalunya bayi diurut lembut di bahagian perut dan tapak kaki. Terdapat pelbagai teknik urutan bayi yang boleh dipelajari.

Friday, December 6, 2019

Penjagaan dalam pemakanan bayi

Image result for bayi makan


Tanda bayi sudah bersedia untuk makan.

  • Kemampuan bayi tegakkan kepala dan leher semasa duduk.
  • Bayi menunjukkan minat terhadap makanan orang di sekelilingnya.
  • Teruja melihat makanan di hadapannya. 
  • Mudah membuka mulut semasa ibu menyuap makanan.

Makanan bayi mengikut umur dari 6 hingga 12 bulan 


Image result for bubur kosong  Image result for puri keledek  Image result for puri avocado

6-8 bulan
  • Pada usia 6 hingga 8 bulan, ibu bapa sudah boleh memberikan makanan yang dilenyek.
  • Ia harus diberikan dalam kuantiti yang kecil dan bertekstur halus.
  • Bayi sudah boleh makan bubur nasi sahaja tanpa perisa.
  • Perkenalkan puri sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikisar halus dan diberikan dalam kuantiti kecil pada bayi.
  • Variasikan makanan bayi dengan pelbagai nutrisi sihat dan protein seperti ikan salmon, ayam dan daging yang dipotong halus.
  • Jenis sayur dan buah yang sesuai sebagai makanan pertama bayi
  • 🥑Avocado penuh dengan lemak dan nutrien seperti vitamin A, C, niasin dan folat, serta mineral potasium, fosforus, magnesium dan kalsium
    🍊Keledek penuh dengan vitamin A, C, folat, serta mineral seperti potasium, selenium, magnesium dan kalsium.
    🍅Labu penuh dengan vitamin A, beta karotin, potasium, protein, zat besi. 
    🍌Pisang mempunyai tinggi vitamin A, C and folat, and mineral seperti potasium, selenium, magnesium and kalsium.
8-10 bulan 
  • Bayi sudah boleh makan bubur atau bijirin bersama susu badan atau susu formula serta mengunyah dengan tekstur lebih kasar. 
  • Bayi pada usia 9 bulan sudah mula menunjukkan kemampuannya dengan memasukkan ibu jari ke dalam mulut. 
  • Potong lobak atau ubi dalam ukuran kecil supaya bayi tidak tersedak.
  • Memberinya makan biskut dan kuning telur bagi memenuhi keperluan protein si kecil. 
  • Portion hidangan yang boleh dianjurkan seperti 1/4 hingga 1/2 cawan bijirin, 3/4 cawan buah dan sayur serta 1/2 cawan makanan protein. 
  • Pastikan bayi diberi makanan tersebut dalam tempoh tiga ke empat hari bagi mengetahui reaksi alahan. 
10-12 bulan
  • Pada usia setahun pertama, bayi sudah mampu makan makanan seperti orang dewasa.
  • Beri makanan yang dicincang dan dipotong kecil supaya menghindari bayi dari tersedak atau sukar dikunyah.
  • Makanan jejari seperti biskut lembut dan buah-buahan boleh diberi. 
  • Perhatikan juga sumber lain yang boleh menyebabkan alergi seperti kekacang, telur dan ikan.
Image result for bayi tidak mahu makan

Bayi menolak untuk makan
  • Menjadi kebiasaan apabila bayi menolak makanan ketika kali pertama diberikan. Jika ini berlaku jangan berputus asa kerana ia perkara biasa bagi si kecil.
  • Sebaiknya ibu bapa perlu mencuba memperkenalkan resipi bubur kepada bayi sehingga 10 kali, sebelum memutuskan bayi anda tidak menyukainya. Jika bayi tetap menolak, anda boleh menambahkan bahan makanan yang ‘akrab’ di lidahnya, seperti susu ibu.
  • Secara bertahap, perkenalkan pelbagai sayuran seperti kentang, lobak merah atau labu dan ayam ketika membuat makanan si kecil.
Image result for nutrisi makanan bayi

Nutrisi yang diperlukan bayi pada usia enam bulan
  •  Protein-membantu dalam memelihara dan memperbaiki jaringan tubuh pada bayi sehingga mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Protein diperoleh dari ikan laut seperti ikan salmon, ayam dan daging.
  • Lemak-berfungsi sebagai sumber tenaga untuk bayi. Lemak yang diperoleh daripada ikan sangat baik untuk perkembangan bayi pada usia enam bulan.
  • Karbohidrat-sumber tenaga pertama yang diperlukan bagi bayi yang diperoleh daripada susu ibu. Bagi bayi enam bulan, jumlah karbohidrat yang diperlukan adalah 68.8 gram sehingga 89.4 gram. Karbohidrat boleh didapati daripada beras putih atau merah.
  • Vitamin dan mineral-Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buah-buahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

Rujukan