Monday, November 18, 2019

Pembuangan Bayi

Image result for pembuangan bayi

Isu pembuangan bayi semakin hari semakin hangat diperkatakan di dada akhbar, media massa mahupun di media sosial. Kes pembuangan bayi dianggap sebagai satu jenayah yang berat dan teruk. Pembuangan bayi merupakan perbuatan mencampakkan, menghapuskan atau meninggalkan bayi yang tidak berdosa di merata-rata tempat seperti tong sampah, longkang, tandas dan sebagainya tanpa ada sedikit pun sifat kemanusiaan.


Antara faktor-faktor yang mendorong ke arah pembuangan bayi ialah:-

↝ Kurang didikan dan kefahaman tentang ilmu agama.
  • Kekurangan didikan dan kefahaman tentang ilmu agama menyebabkan golongan remaja pada zaman kini hilang panduan dalam memilih haluan hidup mereka sehingga ada segelintir daripada golongan remaja terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.


↝ Pengaruh rakan sebaya.
  • Remaja pada zaman kini mudah terpengaruh dengan sikap rakan mereka. Jika remaja salah memilih rakan mereka maka mereka akan lebih mudah untuk melakukan perkara-perkara negatif. Rakan-rakan yang negatif tidak akan teragak-agak untuk mengajak melakukan perkara diluar batasan agama dan norma hidup masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, melepak dan sebagainya.


↝ Sikap masyarakat.
  • Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi remaja untuk melakukan jenayah ini. Ini kerana, apabila seseorang remaja melahirkan anak sebelum menikah sudah pasti remaja itu akan dipandang serong dan dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Perkara ini sudah pasti akan membuatkan remaja tersebut berasa tertekan dengan tohmahan yang diberikan kepadanya. Oleh itu, demi menjaga imej diri dan keluarga. Sudah pasti remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang dikandungkan itu kerana bimbang akan dipandang hina oleh masyarakat.


↝ Sikap ingin tahu.
  • Sikap ingin tahu remaja tentang sesuatu yang baru sudah pasti wujud dalam diri remaja. Biasanya mereka akan mencuba untuk melakukan sesuatu perkara itu walaupun perkara itu dilarang. Remaja pasti berfikiran bahawa mereka akan menjadi lebih matang sekiranya mereka cuba melakukan sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Mereka juga pasti beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka harus berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara negatif seperti seks bebas.

Kesan buruk pembuangan bayi:-

↝ Kesan kepada ibu bayi.
  • Bagi remaja yang melahirkan, sudah pasti mereka tidak akan berada dalam keadaan yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi untuk melahirkan, pasti remaja ini akan mudah untuk dijangkiti kuman, mengalami kecederaan semasa melahirkan dan juga akan kehilangan darah yang banyak. Kebanyakan remaja yang melahirkan pasti akan menggunakan kudrat sendiri tanpa ada pertolongan daripada pihak hospital atau orang yang mahir dalam bidang persalinan ini. Selain itu, remaja ini sudah pasti akan mengalami masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri dan juga mengalami masalah emosi.

↝ Kesan kepada keluarga.
  • Jika ibu bapa remaja mengetahui bahawa anak mereka telah melakukan jenayah ini, sudah pasti akan terjadinya keruntuhan dalam hubungan sesebuah keluarga tersebut. Ini kerana, ibu bapa remaja tersebut pasti akan berasa malu dengan tindakan dan perbuatan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Mereka sudah pasti akan menganggap bahawa anak mereka telah menconteng arang ke muka mereka. Malah, keluarga ini akan dipandang hina dan akan dipandang serong oleh masyarakat dan jiran-jiran mereka. Ibu bapa mereka juga pasti akan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai menjaga dan mendidik anak mereka. 

↝ Kesan kepada masyarakat.
  • Kes pembuangan bayi yang berlaku pasti akan menjejaskan imej masyarakat. Bak kata pepatah "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Peribahasa ini sudah pasti tepat dengan situasi yang berlaku. Ini kerana masyarakat turut menerima akibat daripada perbuatan remaja yang tidak bermoral ini. Secara tidak langsung, ianya akan menimbulkan persepsi buruk orang luar tentang keupayaan masyarakat setempat dalam membendung masalah ini daripada berlaku.

↝ Kesan kepada negara.
  • Ekonomi dan pembangunan negara kurang berkembang kerana masalah seperti ini. Manakala, perbelanjaan negara sudah pasti akan meningkat kerana mahu menampung perbelanjaan untuk bayi dan kanak-kanak seperti yang berada di rumah/pusat kebajikan masyarakat.
↝ Kesan kepada agama.
  • Sesebuah institusi agama pastinya akan dipandang rendah oleh agama lain kerana menganggap agama tersebut tidak menerapkan nilai yang baik kepada penganutnya. Penganut agama lain juga pasti akan meletakkan perspektif yang negatif terhadap agama tersebut.

Cara mengatasi:-

↝ Peranan ibu bapa.
  • Ibu bapa haruslah memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak mereka, sudah pasti anak-anak akan mencari perhatian dan kasih sayang daripada orang lain.
↝ Peranan masyarakat.
  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada para remaja tentang keburukan bersosial secara bebas dan sebagainya. Seterusnya, mengadakan ceramah agama untuk meningkatkan pengetahuan remaja pada zaman sekarang tentang ilmu-ilmu agama.
↝ Peranan kerajaan.
  • Kerajaan boleh menguatkan undang-undang bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini dengan cara mengenakan hukuman yang maksimun kepada pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang dilakukan kepada pesalah sudah pasti akan memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain agar tidak melakukan perbuatan seperti itu lagi.

Rujukan

Thursday, November 14, 2019

Penderaan Bayi dan Kanak-kanak

Hai, Assalamualaikum semua!πŸ‘‹

Kembali lagi admin pada hari ini, korang sihat? Admin alhamdulillah sihat.😊😊 Okay macam mana dengan perkongsian admin sebelum ini? Admin harap perkongsian admin sebelum ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.πŸ’“πŸ’“

Hari ini admin nak kongsi tentang "Apakah Penderaan Kanak-kanak" kepada anda semua. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda. Selamat membaca iya semua.✌πŸ’“πŸ˜Š

Image result for gambar penderaan kanak-kanak

Apakah Penderaan Kanak-kanak?

Penderaan bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Kebiasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan penderaan kanak-kanak sebagai semua bentuk penderaan sama ada dalam bentuk fizikal, emosi, seksual, pengabaian, penyalahgunaan, penipuan atau eksploitasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada kesihatan, kehidupan, pembangunan atau kemuliaan kanak-kanak yang dilakukan oleh mereka yang bertanggungjawab, amanah atau kuasa ke atas kanak-kanak.

Kadang-kadang perlu membezakan antara penyalahgunaan dan hak ibu bapa kepada
disiplin anak. Ibu bapa mempunyai hak untuk mendisiplinkan anak mereka selagi dilakukan dengan cara yang munasabah dan sederhana dan tidak merupakan kekejaman.

Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial.


Penderaan Kanak-kanak dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk:-

  1. Penderaan fizikal
  2. Penderaan seksual
  3. Penderaan emosi
  4. Pengabaian

Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak

πŸ‘‰Penderaan fizikal
  • Penderaan fizikal berlaku apabila kanak-kanak dicederakan oleh ibu atau bapa atau penjaga secara sengaja atau berniat.
  • Contoh-contoh penderaan fizikal menendang, menumbuk, mencekik dan memukul. Sementara itu, kecederaan yang selalu dikaitkan dengan penderaan fizikal adalah lebam, calar, kecederaan otak, pendarahan, patah tulang dan beberapa kes yang melibatkan kematian.
  • Seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami penderaan fizikal jika terdapat tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat pada tubuh badan kanak-kanak dan kecederaan ini bukan disebabkan oleh kemalangan.
  • Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
  • Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.

πŸ‘‰Penderaan seksual
  • Penderaan seksual adalah penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang tidak difahami sepenuhnya apa yang sedang dilakukan. 
  • Contoh penderaan seksual termasuk perbuatan seks dengan kanak-kanak, rogol, mendedahkan alat kelamin, pelacuran kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak. 
  • Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
  • Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
  • Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
  • Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar

πŸ‘‰Penderaan emosi
  • Berlaku apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
  • Biasanya sukar untuk dibuktikan
  • Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:
  • Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)
  • Tabiat suka mengenakan orang lain
  • Memperkecil dan memalukan
  • Menolak perawatan
  • Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap

πŸ‘‰Pengabaian
  • Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas
  • Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)
  • Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental)
  • Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)


Faktor-faktor berlakunya penderaan:-
  • Kurang pendidikan agama dalam kalangan ibu bapa.
  • Mempunyai masalah dalaman sesebuah keluarga.
  • Ibu bapa pernah mengalami pengalaman buruk pada masa kecil.
  • Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga mengundang tekanan.
Kesan penderaan kanak-kanak:-
Akibat penderaan fizikal
  • Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas.
  • Tiada perasaan.
  • Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah.
  • Menyalahkan orang lain.
  • Lemah dalam perhubungan sesama sendiri dan pembelajaran.

Akibat penderaan emosi
  • Rasa rendah diri.
  • Lasak terlampau/hiperaktif. 
  • Mencederakan diri sendiri.
  • Kurang hubungan rakan sebaya.
  • Merasa malu/bersalah.
  • Gangguan somatik, histeria.
  • Penurunan prestasi pelajaran.
  • Masalah pemakanan.
  • Mengalami kemurungan dan tekanan perasaan.
  • penyalahgunaan dadah dan juga alkohol.

Rujukan

Monday, November 11, 2019

Vaksin

Image result for vaksin

Apa itu vaksin?

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

Bagaimana vaksin berfungsi

Tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi bagi melindungi daripada jangkitan virus dan bakteria. Walau bagaimanapun, mekanisma pertahanan ini boleh dirangsang dengan suntikan vaksin. Antigen dalam vaksin bertindak merangsang sistem daya lawan jangkitan (imun) untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu. Ia menguatkan imuniti melalui rangsangan kepada sel pertahanan supaya mengenali virus atau bakteria tertentu untuk dilawan pada masa hadapan. Kesan maksimum sesuatu vaksin lazimnya akan bermula selepas dos terakhir vaksin tersebut diambil mengikut jadual imunisasi yang ditetapkan.

Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa masih bayi?

Kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit kerana sistem daya lawan jangkitan mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsang sel pertahanan. Seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Imunisasi diperlukan bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada dijangkiti pelbagai penyakit cegahan vaksin yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian. Selain itu, imunisasi bertujuan melindungi mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan dan tidak sesuai menerima imunisasi seperti kanak-kanak yang menghidap kanser. Ini juga dapat mengelak berlakunya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin.

Kesan sampingan vaksin kepada kanak-kanak

Kebanyakan ibu bapa takut untuk memberikan vaksin kepada anak mereka kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin.  Perlu diketahui, semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). 


  • Kesan dari pengambilan vaksin bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan atau demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Namun kebanyakan kesan sampingan ini adalah ringan dan sembuh dengan segera. 
  • Kanak-kanak juga boleh mengalami  kesan sampingan yang serius seperti menangis secara berterusan, pucat dan berlaku kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan, berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius. Kesan sampingan yang serius jarang berlaku pada kanak-kanak. 
Adakah vaksin benar-benar mencegah penyakit? Melalui imunisasi,

  • Penyakit cacar air telah berjaya dibasmi di seluruh dunia pada tahun 1980. Cacar air adalah penyakit yang tidak mempunyai rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada mangsa-mangsa yang dijangkiti.
  • Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.
  • Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. 
  • Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain. 
  • Melindungi bayi dan juga kanak-kanak dari penyakit-panyakit yang boleh membawa maut seperti batuk kering, difteria, pertusis.

Rujukan

Thursday, November 7, 2019

Kemurungan Kanak-kanak

Hai, Assalamualaikum semua.πŸ‘‹

Jumpa lagi admin pada hari iniπŸ™Œ Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.πŸ’˜✌ Okay macam mana semua? Dah baca perkongsian admin yang sebelum ini?

Hari ini admin nak kongsi pula tentang "Apa itu kemurungan bayi" kepada anda semua. Semoga perkongsian admin pada hari ini dapat membantu ibu bapa mengetahui bagaimana anak-anak mendapat kemurungan. Selamat membaca semua✌πŸ’“


Image result for gambar kanak-kanak yang mengalami kemurungan


Apa itu Kemurungan Kanak-kanak?

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi
oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Perubahan emosi dapat dilihat apabila kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku. Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari
pengalaman tekanan perasaan persekitaran. Contohnya, dipulau oleh keluarga sendiri. Selain itu, kanak-kanak mempunyai pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat. Disamping itu, keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan juga mempengaruhi kanak-kanak. Akhir sekali, kanak-kanak yang pernah mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) seperti gangguan kemerosotan hyperaktif, gangguan dalam pembelajaran, gangguan kekusutan (anxiety), penderaan, gangguan awal dalam kelakuan tingkah laku.

Apakah tanda-tanda kemurungan.

πŸ‘‰Kelakuan
  1. Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
  2. Hubungan yang tegang
  3. Kerapkali tidak hadir ke sekolah
  4. Hendak lari dari rumah
  5. Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
  6. Marah dan suka bermusuh
  7. Terpinggir / terasing
  8. Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
πŸ‘‰Perasaan/Emosi/Pemikiran
  1. Perasaan tidak puas hati
  2. Kurang keyakinan diri
  3. Rasa diri tidak berguna
  4. Bosan
  5. Cepat marah
  6. Tertekan kerana disingkir
  7. Kurang tumpuan
πŸ‘‰Perubahan Fizikal
  1. Kurang tahap tenaga kecerdasan
  2. Masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
  3. Perubahan berat badan
  4. Perubahanan masa tidur atau makan

Bilakah seseorang perlukan bantuan.

πŸ‘‰Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri.
πŸ‘‰Kanak-kanak mengalami ketidak seronokan yang berterusan.
πŸ‘‰Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian.

Kemurungan kepada kanak-kanak boleh membawa kepada masalah lain :-

πŸ‘‰Gangguan dalam proses tumbesaran.
πŸ‘‰Gangguan dalam proses pembelajaran.
πŸ‘‰Gangguan dalam fungsi menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru.
πŸ‘‰Masalah gangguan tingkahlaku yang serius.
πŸ‘‰Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras dan dadah.
πŸ‘‰Mencederakan diri sendiri dan orang lain.
πŸ‘‰Risiko membunuh diri.

Cara-cara membantu kanak-kanak sedemikian 

πŸ‘‰Pengesanan awal dan mengenalpasti kanak-kanak yang berpontensi menghadapi kemurungan.
πŸ‘‰Bantuan psikologi mesti diberikan  bagi membantu :-
  • Kanak-kanak belajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjukkan ke arah yang betul.
  • Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi rasa marah, takut, kecewa dan sebagainya.
  • Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif.
πŸ‘‰Pakar Psikiatri akan memberikan ubat bagi mengawal tekanan perasaan.
πŸ‘‰Mendapat khidmat kaunseling daripada pakar utnuk kanak-kanak yang mengalami kemurungan.

Cara-cara mengelakkan kemurungan :-

πŸ‘‰Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif.
πŸ‘‰Memberi bantuan psikologi apabila kanak-kanak itu menghadapi masalah.
πŸ‘‰Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai.
πŸ‘‰Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik.
πŸ‘‰Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat.
πŸ‘‰Ajar cara mengurus tekanan.

Monday, November 4, 2019

Bahaya gajet kepada kanak-kanak

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman sekarang mengajar anak-anak mereka bermain telefon pintar seawal usia yang masih kecil, malah ada juga segelintir ibu bapa yang memberikan gajet ini semasa anak-anak mereka masih bayi. Hal ini terjadi kerana ibu bapa mahu menenangkan anak mereka yang sedang menangis atau ingin menghiburkan anak mereka. Namun, sedar atau tidak sedar penggunaan gajet juga boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.


Image result for gambar kanak-kanak bermain gajet


Jika dahulu, ibu bapa mendiamkan anak-anak mereka yang sedang menangis dengan pelbagai jenis mainan. Namun kini sudah berbeza, ibu bapa zaman sekarang lebih gemar memberikan gajet kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak berbuat bising.


Disini, admin mahu berkongsi tentang beberapa keburukan gajet kepada kanak-kanak. Berikut adalah beberapa kesan buruk gajet:-



1. Sukar Tidur



Telefon pintar akan membuatkan si kecil sukar untuk tidur terutama pada waktu malam. Oleh itu, ibu bapa disarankan agar tidak membiarkan kanak-kanak bermain dengan telefon pintar 1-3 jam sebelum waktu tidur dan menggantikannya dengan aktiviti lain seperti aktiviti membaca buku atau menceritakan kisah-kisah dongeng mahupun kisah-kisah yang bermanfaat kepada kanak-kanak. Dengan melakukan aktiviti ini, kanak-kanak akan mudah rasa mengantuk dan tidur dengan baik.



2. Kurang Bergerak



Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak untuk bergerak secara bebas dan aktif seperti berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizikal yang sihat dan kuat. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain gajet yang sudah pasti hanya membuatkan mereka duduk diam dan hanya menghadap gajet mereka. Jika perkara ini berterusan, anak-anak boleh mendapat penyakit berbahaya seperti obesiti. Oleh itu, ibu bapa disarankan agar lebih kerap membawa anak-anak melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola, berenang, berbasikal, berjoging atau lain-lain lagi yang membuat mereka banyak bergerak.



3. Kurang Bersosial



Memang tidak dinafikan penggunaan gajet juga tetap mampu untuk kanak-kanak bersosial melalui pelbagai aplikasi yang ada seperti facebook, instagram, whatsapp dan sebagainya. Namun aplikasi-aplikasi tersebut tidak dapat membantu kanak-kanak untuk bersosial dengan baik. Hubungan sosial yang baik haruslah dijalinkan dengan kemampuan untuk memahami emosi dan perasaan orang lain. Oleh itu, kanak-kanak perlulah melakukan interaksi langsung dengan bersua muka dengan rakan-rakan mereka supaya kanak-kanak dapat berkongsi sesuatu cerita atau pengalaman dengan lebiih mendalam.



4. Bersikap Agresif



Penggunaan media sosial oleh kanak-kanak yang kurang di awasi oleh ibu bapa terkadang boleh menyebabkan kanak-kanak melayari pelbagai laman sesawang yang menyiarkan aksi berunsurkan kekerasan sehingga dapat menyebabkan kanak-kanak menjadi agresif dan bertindak secara ganas. Sebagai contoh, aplikasi permainan yang berunsurkan keganasan akan menjadikan kanak-kanak kurang rasa simpati dan belas kasihan kerana ketika bermain permainan tersebut mereka diajar untuk melawan dan bertindak kasar kepada pihak lawan mereka.



5. Ketagih



Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gajet akan membuatkan anak-anak mereka turut bermain dengan gajet sehingga ianya menjadi kebiasaan atau rutin dalam kehidupan seharian mereka. Hal tersebut akan menimbulkan rasa ketagih terhadap gajet.

πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±πŸ“±


Sekarang admin nak kongsikan pula cara-cara untuk membantu ibubapa mengatasi penggunaan gajet kepada kanak-kanak.

Kehidupan kita pada zaman kini sudah pasti tidak dapat dipisahkan dengan gajet dan media sosial. Penciptaan sesuatu teknologi bertujuan mendatangkan faedah dan memberi kemudahan kepada manusia. Namun, kita tidak dapat lari daripada kesan negatif yang turut mengiringi kehadiran sesuatu teknologi itu. Anak kecil sangat mudah tertarik kepada perkara-perkara sebegini. Malah boleh dikatakan mustahil untuk menghalang anak-anak pada zaman ini untuk tidak mendekati gajet. Kita sebagai ibu bapa harus bijak mengurus perkara ini. Penggunaan gajet, jika tidak dikawal pasti akan membawa kesan yang sangat buruk. Oleh itu, admin telah menyediakan beberapa cara untuk mengawal penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.


TIPS MENGAWAL PENGGUNAAN GAJET

✔ Ibu bapa sebagai contoh tauladan untuk kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, kita haruslah mengurangkan penggunaan gajet dihadapan anak-anak. Tunjukkan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet walaupun ianya hanya lakonan semata-mata. Contohnya, ibu bapa membaca buku dihadapan anak-anak tetapi sebaliknya ibu bapa sedang menggunakan telefon pintar. "Fake it till you make it".

✔ Ibu bapa perlulah menentukan jangka masa untuk anak-anak bermain gajet seperti satu hingga dua jam sehari. Ibu bapa boleh menggunakan jam randik atau jam loceng sebagai penentu masa untuk anak-anak bermain gajet.

✔ Sebagai ibu bapa haruslah mengenalpasti aplikasi yang didedahkan kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah memantau setiap aplikasi yang dibuka oleh anak-anak. Antara aplikasi yang sesuai untuk anak-anak ialah youtubekids. Ibu bapa juga boleh memuat turun aplikasi permainan untuk anak mereka seperti ABC Kids, Kids doodle dan lain-lain.

✔ Ibu bapa boleh menjadikan gajet sebagai bahan ganjaran untuk menyuruh anak-anak mereka melakukan sesuatu. Sebagai contoh, anak-anak perlulah menyiapkan kerja sekolah mereka dahulu sebelum bermain gajet.

✔ Ibu bapa boleh mengisi masa lapang anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama anak-anak seperti bermain lego, bercerita, menonton televisyen bersama-sama dan sebagainya. Ibu bapa boleh kurangkan penggunaan gajet ketika bersama anak-anak supaya anak-anak tidak berasa terabai.

Rujukan