Idea Aktiviti Sains Bersama Kanak-kanak
Hai korang!๐ Hari ini admin nak kongsi kat korang mengenai eksperimen sains. ๐๐
JOM BUAT EKSPERIMEN
Kanak-kanak di peringkat awal usia perlu didedahkan dengan dunia persekitaran dan awal sains. Melalui aktiviti pembelajaran awal sains, kanak-kanak dapat:-
๐Kanak-kanak dapat menggunakan deria yang ada- mendengar, melihat, menyentuh, merasa dan bau.
๐Kanak-kanak dapat berfikir secara logik dan sistematik.
๐Kanak-kanak dapat meneroka dan mencuba sesuatu yang ingin diketahui.
๐Kanak-kanak dapat meramal apa yang akan berlaku.
๐Kanak-kanak dapat mengumpul dan merekod maklumat.
Baiklah, kali ini admin ingin kongsikan idea eksperimen bersama kanak-kanak. ⛩
Aktivit 1: Menghasilkan gas karbon dioksida
Bahan-bahan yang diperlukan:-
๐ฅ 1 botol mineral kosong
๐ฅ 3 sudu makan cuka
๐ฅ 2 sudu teh soda
๐ฅ Sehelai belon
๐ฅ Corong untuk masukkan soda ke dalam belon
Cara membuat eksperimen:-
☃ Masukkan cuka ke dalam botol mineral.
☃ Masukkan soda bikarbonat ke dalam belon menggunakan corong.
☃ Lekatkan hujung belon ke mulut botol mineral.
☃ Perlahan-lahan tegakkan belon supaya semua soda bikarbonat jatuh ke dalam botol mineral.
☃ Setelah soda bercampur dengan cuka, sedikit bunyi merisik akan terhasil dan gas karbon akan mula terhasil menyebabkan belon mula menegak perlahan-lahan.
Aktiviti 2: Menghasilkan lava gunung berapi
Bahan-bahan yang diperlukan:-
☌ Bahan untuk membuat doh gunung berapi:-
๐1 paket tepung gandum
๐1/2 paket garam
๐Air secukupnya
๐Pewarna makanan
๐Minyak masak secukupnya
๐Besen/bekas
⛮ Bahan untuk lava gunung berapi:-
๐พ 5 sudu makan cuka
๐พ 2 sudu makan cecair pencuci pinggan
๐พ 3 sudu teh soda bikarbonat
๐พ Botol mineral kosong
๐พ Pewarna
Cara membuat doh:-
๐ Campurkan tepung gandum, air dan garam.
๐ Uli bahan tersebut sehingga lembut.
๐ Campurkan pewarna makanan mengikut kreativiti.
Cara membuat lava:-
✨ Potong botol mineral menjadi tiga suku ketinggiannya.
✨ Masukkan cuka dan sedikit pencuci pinggan ke dalam botol mineral.
✨ Masukkan sedikit pewarna ke dalam acuan lava.
Haaa... sekarang waktu untuk melihat lava gunung berapi terhasil dari mulut gunung berapi. Bagaimana? Mari admin tunjukkan langkah-langkahnya.
Langkah-langkah:-
๐จ Letakkan botol yang dipotong ke dalam bekas dan bentukkan gunung berapi di sekeliling botol.
๐จ Tuangkan soda bikarbonat yang dibancuh dengan sedikit air secara perlahan-lahan ke dalam botol mineral tadi.
๐จ Maka terjadilah lava gunung berapi.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda semua. Selamat mencuba semua!
Rujukan: